INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Info:

DAERAHKETEREH
DUNN25 KOK LANAS
MUKIMKOK LANAS
PARLIMENP25 KETEREH
NEGERIKELANTAN

Purata Umur Penduduk:
1). Warga Emas – Sederhana
2). Dewasa / Belia – Tinggi
3). Kanak-kanak - Tinggi

Purata Pekerjaan:
1). Pesara
2). Bekerja Sendiri
3). Sektor Kerajaan
4). Sektor Swasta

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Masjid Ayesha, Kok Lanas, Kelantan

Pasar Tani Kok Lanas


Tempat Makan Yang Menarik

Mee Celup Golok

Mustaqim Seafood


Homestay

NiDocKor HomeStay

Kampung Chicha,
16450 Kok Lanas, Kelantan, Malaysia
+60 19-980 8203

Rumah Tamu Zahra

PT 4389 Taman Wadi Iman (Kok Lanas), Kok Lanas
16450 Ketereh, Kelantan, Malaysia
+60 12-904 9936

Kemudahan Awam

Lokasi-Lokasi

Balai Polis Kok Lanas
Masjid Kok Lanas
Pendidikan

Lokasi-Lokasi

Sekolah Kebangsaan Kok Lanas
Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas
Politeknik Kota Bharu
Kolej Komuniti Kok Lanas
Kolej Matrikulasi Kelantan
Kisah Kejayaan
Nama : Puteri Norfadliani
Alamat : Depan 7 Eleven lama, Taman Arif Kok Lanas, Ketereh, Kelantan.
No. Telefon : 01151133343
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2017

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Puan Fadliani merupakan ahli di Pusat Internet Kok Lanas, beliau sentiasa menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat internet bagi urusan perniagaanya
Penguasaan Puan Fadliani dalam bidang IT sudah cukup mahir, contohnya dalam penggunaan Microsoft words office dan juga Microsoft power point, tetapi beliau ingin mempelajari dengan lebih mendalam bagaimana cara untuk mempromosikan menu masakan yang dijualnya di dalam media sosial dan cara untuk membuat periklanan dengan lebih menarik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Memasuki ahli sebagai ahli PI1M, dan mengikuti kelas usahawan dapat membantu Puan Fadliani dalam bidang perniagaan ini, beliau juga belajar cara menggunakan facebook dengan betul bagi tujuan untuk mempromosikan perniagaan, selain itu, beliau juga menggunakan aplikasi whatsapp bagi mengiklankan perniagaanya.




Nama : Muhammad Hakimi Mansor
Alamat : Taman Haji Fustha, Kok Lanas, Ketereh Kelantan.
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2017

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Hakimi merupakan seorang pelajar dari sekolah menengah Kok lanas, beliau juga merupakan ahli di pusat internet koklanas. Hakimi sentiasa menggunakan perkhidmatan yang disediakan di pusat internet dan juga sentiasa mengikuti kelas yang diadakan di pusat internet.
Penguasaan Hakimi dari segi ICT amat kurang. Penguasaan dari aspek Facebook, Instagram, Gmail dan sebagainya amat lemah, malah tidak memliki akaun tersebut. Pendedahan ilmu, bagaimana untuk memuat naik gambar, laporan di dalam emel dan juga facebook juga dapat dipelajari sejak menjadi ahli di Pusat Internet Kok Lanas

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Mendaftar sebagai ahli Pusat Internet, dan juga menghadiri kursus pengenalan computer dan juga kursus asas penggunaan Microsoft office di pi kok lanas, memberi pendidikan baru kepada Hakimi, dapat mempelajari pelbagai cara untuk membuat laporan, dengan menggunakan font dan format yang betul. Hakimi juga turut belajar cara menggunakan windows movie maker, dan penggunaan email secara betul. Dengan kesungguhan Hakimi, sekarang beliau sudah mahir dalam membuat laporan bagi pengajianya.

Keusahawanan
Nama : Nadiah Binti Synordin @ Nordin
Alamat : Mukim Mahangwest, Ketereh, Kelantan.
No. Telefon : 0103985100
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2017

 Membuat tempahan cup cake dari rumah.
 Membuat tempahan kuih tradisional.
 Membuat kelas masakan untuk para wanita.
 Menyediakan kelas tambahan untuk pelajar sekolah rendah.

Puan Nadiah atau dikenali sebagai Kak Ya telah memulakan perniagaan sejak Mac 2017, dan merupakan milikan bersama serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kak Ya menjalankan pelbagai bentuk perniagaan yang boleh menjana pendapatan seharianya..Antaranya, membuat tempahan cup cake, membuat tempahan kuih tradisional, dan pada hujung minggu, kak Ya akan mengambil peluang untuk membuat kelas masakan, dan kelas tambahan secara persendirian kepada orang awam yang berminat.
Penguasaan Puan Nadiah dari segi ICT amat kurang. Penguasaan dari aspek Facebook, Instagram, Gmail dan sebagainya amat lemah, malah tidak memliki akaun tersebut. Pendedahan ilmu tentang “promote” melalui internet memang kurang.
Memasuki ahli sebagai ahli PI1M, dan juga menghadiri kursus e-usahawan di pi1m kok lanas, memberi pendidikan baru kepada Puan Nadiah. Puan Nadiah dapat mempelajari pelbagai cara untuk mempromosikan produknya melalui atas talian. Puan Nadiah juga sudah mempunyai akaun facebook, email dan juga wastup bagi perniagaanya.