Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Menurut cerita lisan, pada zaman dahulu semasa negeri Kelantan diperintah oleh Kerajaan Siam, Raja Siam dari Kota Bharu ingin pergi ke Kuala Krai dengan menaiki gajah, yang mana membawa bersama barang dagangan termasuk buah lanas.

Apabila tiba di satu tempat, buah lanas(nanas) telah terjatuh daripada 'kok' yang diletakkan di atas gajah tersebut. Rombongan terpaksa berhenti untuk mengutip buah lanas yang jatuh.

Tetapi, setiap kali mereka meletakkan semula buah tersebut di atas kok, ia tetap jatuh. Maka, Raja Siam bertanya bagaimana perihal tersebut. Rombongan itu dengan spontan menyebut "kok lanas".



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017


PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA DATUK SR. HJ MD ALWI BIN HJ CHE AHMAD DAN KAKITANGAN KRT KOK LANAS

Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2017

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada staff Pi1m Kok Lanas untuk menceritakan lebih lanjut perjalanan dan tujuan Pi1m Kok Lanas ditubuhkan kepada Dato Seri dan perkembangan Pi1m selama ditubuhkan....baca selanjutnya

'3D Printer Training'

Aktiviti Terkini | 20 - 21 Oktober 2017

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari lebih mendalam cara penggunaan 3D printer secara betul. Antaranya, mempelajari software penggunaan 3D printer....baca selanjutnya

PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA USAHAWAN

Aktiviti Terkini | 06 Oktober 2017

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada usahawan untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Selain itu, ia bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara staff dan juga usahawan, ini kerana, seandainya ada sebarang kesulitan yang berlaku mereka tidak segan silu untuk terus merujuk kepada staff Pi1m. Kami juga akan turut menyelitkan selingan KDB kepada para tetamu yang hadir....baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK & E- WASTE DI POLITEKNIK KOTA BHARU

Aktiviti Terkini | 13 September 2017

Program KDB & E-Waste merupakan salah satu inisiatif pihak Pi1M untuk mengajak para pelajar untuk lebih menggunakan internet secara berhemah. Dan Untuk melahirkan generasi yang berakhlak, berwibawa dan bertanggungjawab....baca selanjutnya

'QUALIFYING ROUND - DIGI-PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLENGE'

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer.....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK & E- WASTE

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2017

Program “PROGRAM KDB & E-WASTE” merupakan salah satu inisiatif pihak Pi1M untuk mengajak para pelajar untuk lebih menggunakan internet secara berhemah. Dan Untuk melahirkan generasi yang berakhlak, berwibawa dan bertanggungjawab....baca selanjutnya

HARI PERASMIAN PI1M

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2017

Program ini dijalankan bagi memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pi1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

KURSUS E- USAHAWAN MDEC

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2017

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Kami juga akan turut menyelitkan selingan KDB kepada para tetamu yang hadir....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2017

Tujuan sambutan hari raya ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf PI1M bersama komuniti setempat, dan bagi melahirkan rasa syukur untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri....baca selanjutnya

PROGRAM TADARUS AL- QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 09 Jun 2017

Program yang di rancang adalah untuk meningkatkan kecemerlangan sahsiah peserta, dan ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Dengan ini, pelajar dapat menitikberatkan pembacaan al-quran dengan betul dan lancar dalam kehidupan seharian. ...baca selanjutnya

Kursus Pemantapan Ibadah Sempena Cuti Sekolah

Aktiviti Terkini | 04 - 08 Jun 2017

Program Pemantapan Ibadah ini merupakan sebuah usaha kami untuk membantu melahirkan generasi pelajar yang berpandangan jauh dan sentiasa menitikberatkan tentang agama dalam kehidupan seharian. Asasnya sebagai pelajar mereka semestinya mempunyai matlamat yang jelas dalam merencana strategi kecemerlangan hidup. Fokus yang tepat dan berterusan, perubahan sikap yang menentukan kejayaan itu ke arah positif atau negatif. Dalam program ini, matlamat utama adalah untuk meningkatkan keyakinan diri bagi pelajar untuk melakukan perubahan yang lebih baik dalam menghadapi cabaran dalam hidup bermasyarakat dengan mengamalkan nilai- nilai murni dalam kehidupan seharian....baca selanjutnya

Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017

Aktiviti Terkini | 07 - 09 Mei 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik...baca selanjutnya

PROGRAM OPS JELAJAH CYBER EDISI KELANTAN DI BAWAH PROGRAM INOVASI SOSIAL MOSTI (MSI) KERJASAMA BERSAMA PI1M KOK LANAS

Aktiviti Terkini | 05 - 06 Mei 2017

Cyber Security Malaysia, agensi pakar keselamatan siber di bawah kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melaksanakan Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI) –Ops Jelajah Cyber Edisi Kelantan. Program ini menyediakan perkhidmatan yang berteraskan program jangkau luar ke peringkat akar umbi dengan membawa kesan dan manfaat langsung kepada rakyat dan masyarakat....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

Lawatan oleh Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia ke PI1M Kok Lanas

Aktiviti Terkini | 08 Januari 2017

Lawatan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Halim Shafie, Pengerusi, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia ke PI1M Kok Lanas bertujuan untuk melihat dan meninjau pekembangan PI1M baru yang terdapat di Ketereh, Kelantan...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti